Wednesday, February 2, 2011

Gunung TokWan


Alhamdulillah... praise to Allah
Selawat dan salam buat Nabi s.a.w junjungan kami..


SubhanALLAH maha suci Allah yang telah memberikan kami nikmat islam,iman,nafas ini.. Kami berlindung di bawah naugan dan rahmat Mu.. Tebarkanlah hidayahMu kepada kami.. Aminn..
Segala puji hanya untuk Allah, kami bersyukur kerana diberi kemudahan untuk tadabur alam kali ini... seramai 25 orang dimana 5 buah kereta telah bertolak tepat jam 12.00am.. kami tiba di kuala lumpur tepat jam 2am... perut yang sudah berkeroncong perlu diisi.. oleh itu kami singgah di sebuah restaurant... tepat jam 3am kami meneruskan perjalanan ke semenyih, dimana gunung tokwan berada disana... tepat jam 4am kami tiba di petrol pam berdekatan dengan pekan semenyih dimana kami perlu membersihkan diri dan menghadap kehadrat ILAHI.. Misi kami hanya satu, iaitu menghubungkan hati2 ini dan mendekatkan diri dengan yang Maha Pencipta inshaAllah... tepat jam 5am, kami tiba disana dan dimulakan dgn doa dan kami teruskan pendakian.. tepat jam 5.30am kami tiba di base 3 beroga, kami berehat sementra menunggu subuh menjengah... tepat jam 6.00am, muazzin mengumandangkan azan, terasa seperti diawang awangan kala itu... tepat jam 6.30am kami meneruskan perjalanan ke gunung tokwan.. Alhamdulillah kami bersyukur kerana tiada sebarang kesulitan yang kami hadapi, semuanya cool2 dan mempunyai semangat yang tinggi... tepat jam 8.30am kami tiba di puncak tokwan... disepanjang perjalanan menuju puncak tokwan.. keindahan dan keagungan Allah teserlah sekali, tikamana matahari yang sedang terbit.. MashaAllah.. sungguh kerdil diri kami... sampai di puncak tokwan, kami mengadakan sedikit pengisian diri serta peringatan demi peringatan... dan menulukan kembali niat mengapa kami disini.... alhamdulillah kami selamat tiba di kampus sebelum 12.00pm.... kerna selepas zuhur itu kami harus menduduki exam... dan malamnya AGM kami bermula.... walaupun begitu fix jadual kami, kami berasa sgt gembira dan bersyukur kerana selepas pendakian itu kami menjadi lebih rapat dan mengenali hati budi masing2....

extra info bout tokwan

Gunung Tok Wan yang terletak di Broga, Semenyih. Gunung Tok Wan ini merupakan kelangsungan dari Bukit Broga yang kebiasaannya orang akan naik pada hujung minggu. Bukit Broga mempunyai ketinggian 400 meter manakala Gunung Tok Wan 675 meter. Perjalanan dari ke Bukit Broga adalah 30 minit dan dari puncak Broga ke Gunung Tok Wan adalah 2 jam.

Untuk mendaki gunung ini tidaklah sukar kerana kita hanya melalui permatang dan sekali-sekala memanjat batu tapi tidaklah teruk sangat. Laluan denai yang telah ditanda memudahkan perjalanan. Perjalanan jika dikira mudah berbanding mendaki Bukit Broga kerana kecerunannya tidaklah 45 darjah dan tidak panas kerana kita melalui hutan yang tebal.

Jika korang nak naik Gunung Tok Wan boleh mendaki seawal jam 7 pagi dan tiba di Puncak Broga kira-kira sejam kemudian iaitu pada jam 8. Boleh berehat 10-15 minit untuk mengambil angin sebelum bergerak ke Gunung Tok Wan yang memakan masa 2-3 jam perjalanan, kira-kira 11 tengahari korang boleh sampai di puncak. Di sana terdapat pangkin di mana kita boleh berehat dan ada papan tanda puncak untuk kita mengambil gambar kenang-kenangan.

Di Bukit Broga pula jangan lupa untuk mengambil gambar kerana pemandangannya memang cantik dan memukau. Ramai fotographer DSLR datang ke sini semata-mata untuk mengambil gambar sunrise dan sunset. Ada yang sanggup datang dari jauh. Utara selatan timur barat kebanyakkan sudah mendengar cantiknya pemandangan di sini.

Kawasan pergunungan ini berdekatan dengan Taman Arnab dan University of Nottigham, Kampus Malaysia, Air Terjun Sungai Tekala

Fakta
Gunung Tok Wan - 675 meter
Bukit Broga - 400 meter
Berdekatan dengan Taman Arnab, University of Nottingham

1 comment:

  1. Kene try panjat kinabalu ..baru puas! :) Rasa macam kat dunia lain ..

    ReplyDelete